Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) melancarkan bom bukan nuklear terbesar, GBU-43, juga dikenali sebagai 'ibu segala bom' di Achin, wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, semalam.
Bom seberat 9,979 kilogram itu dilancarkan pukul 7.32 malam waktu tempatan dengan menyasarkan terowong-terowong yang menjadi tempat persembunyian kumpulan pengganas Daesh.
Pentagon mengesahkan perkara tersebut manakala pasukan tentera AS mendakwa, ini merupakan kali pertama mereka melancarkan bom berkenaan dalam peperangan.
Kesan letupan bom berkenaan boleh menjangkau sejauh 300 meter. - AGENSI
13 April 2017 - 18:05
News ID: 823667
Amerika Syarikat (AS) melancarkan bom bukan nuklear terbesar, GBU-43, juga dikenali sebagai 'ibu segala bom' di Achin, wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, semalam.